Welcome to my Blog

Friday 25 November 2011

POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU


ULASAN JURNAL:

Artikel ini menerangkan perkembangan pesat ICT yang mana ianya memberi kesan kepada hampir semua aspek kehidupan termasuklah pendidikan. Sistem pendidikan guru di negara kita turut dipengaruhi ICT, khususnya berkaitan aplikasi ICT dalam latihan pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan terdapat banyak kajian terkini yang melibatkan ICT dalam pendidikan guru, kajian ini akan membincangkan pola penyelidikan ICT dalam pendidikan guru di Malaysia.
Corak penyelidikan diperhatikan dengan mengkategorikan konsep-konsep yang muncul dalam setiap artikel. Didapati bahawa pola penyelidikan ICT dalam pendidikan guru banyak memfokuskan kepada sistem penyampaian, persekitaran pembelajaran serta hasil pembelajaran. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pihak yang berkenaan dalam latihan perguruan di Malaysia.

2 comments:

  1. Bolehlah aplikasikan dalam pengajaran.

    ReplyDelete
  2. ICT dalam P&P bukan sahaja menarik minat pelajar malah guru yang mengajar juga akan lebih enjoy ngn P&P mereka sendiri :)

    ReplyDelete